KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Koleksi Monograf

1. Koleksi Monograf

Bahan berbentuk buku tempatan & luar negeri yang merangkumi bahan fiksyen & bukan fiksyen termasuk buku kanak-kanak.

Koleksi Terbitan Bersiri

2. Koleksi Terbitan Bersiri

Bahan maklumat yang diterbitkan secara berkala seperti suratkhabar, majalah, jurnal, laporan atau terbitan tahunan yang merangkumi pelbagai laporan daripada JPM dan agensi kerajaan termasuk swasta.

Koleksi Buku Baru

3. Koleksi Buku Baru

Koleksi terkini perpustakaan yang dipamerkan di sebelah kaunter perkhidmatan.

Koleksi Multimedia

4. Koleksi Multimedia

Bahan berbentuk audio visual seperti CD-ROM, CD dan VCD yang merangkumi subjek seperti Rancangan Ekonomi Malaysia, ensiklopedia, wawancara ekonomi, laporan tahunan dan sejarah kebudayaan Malaysia.

Koleksi Rujukan

5. Koleksi Rujukan

Bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia dan kertas kajian untuk rujukan segera di perpustakaan.

Koleksi Peperiksaan

6. Koleksi Peperiksaan

Bahan buku untuk rujukan peperiksaan kerajaan seperti PTK dan Peperiksaan Perkhidmatan Awam.